Tuesday, December 28, 2010

2010 - The Stories

January 2010 - Masuk tahun baru. Masa ni lebih kurang 2.5 months pregnant. Mood kurang menarik masa ni. Bosan betul. Buat apa pun rasa tak kena. Aku dan Cawan dalam preparation nak masuk ke rumah baru. Tak expect pun nak masuk rumah baru secepat ni, macam tiba-tiba je, sebab ingat dalam bulan June baru leh masuk huhuhuh..Kelam kabut jugak la jadinya..

February 2010 - Aktiviti survey barang-barang rumah. Kedai lampu, kedai kipas, tempat kami tuju. Sakit kepala dan sakit otak, nak cari yang berkenan bukan mudah. Nak tak nak kena pikir juga, tak kan nak masuk rumah baru, takde lampu, takde kipas kan? Last-last berjaya jugak. Hujung Feb, kami selamat pindah ke rumah baru. Trip ke Hanoi kami cancelled. Sebab timing tak sesuai sebab time tu sibuk nak pindah randah.

March 2010 - Trip ke Hanoi sekali lagi kami cancel. Sebab takde mood nak pegi travel. So burn la dua-dua tiket yang dibeli 2009 hari tu. Gegegegege..

April - June 2010 - Tiada aktiviti menarik. Cuma bersantai-santai dan bershopping je. Orang ke sana, ke sini, aku tengok je, tiada perasaan. Sudah hilangkan nafsu travel ku ini??

July 2010 - Aqilah telah lahir untuk melihat dunia dan menjadi mini travelholic yang berjaya. Yeay..sudah ada member baru dalam family Chawanna. Aktiviti masa confinement sangat mencabar minda.

August 2010 - Masih lagi dalam confinement. Nafsu travel sudah kembali. Maka berangan la aku bersama ci comei nak ke sana dan ke sini. Puas mencari destinasi untuk travel, last-last jumpa jugak. Ke Hong Kong la kami. Beli gadget baru untuk aktiviti travel huhuhu (camera baru)

September 2010 - Hari raya sudah tiba. Begitu juga hari untuk bekerja. Tak sukanya kena datang office!!! Percubaan ke 24 kali untuk menekan button *Beli* ke Japan gagal sama sekali!!!! Marah. Kecewa. Satu bulan AA kena maki dengan Sekupang team. Rasa tercabar kerana kaki travel macam kami ni akhirnya TEWAS dek system baru yang dipakai oleh pak Tony dan kroninya!!! Kena up plan dan strategi baru ni!!

October 2010 - Kat office, aku masih berstatus on-the-bench. Sibuk mencari info pasal HK dan kawasan seangkatan dengannya. Super excited nak ke HK, sebab lama gila tak berjalan. Travelholic dan gang berkonspirasi untuk Delhi.

November 2010 - Travelholic, mini travelholic & travelholic family travel ke HK. Satu lagi berita mengujakan - AAX akan fly ke Paris!! Woot..woot.. Tapi sekali lagi, travelholic and gang Sekupang melepaskan peluang keemasan ini. Tanpa rasa frust menonggeng seperti Japan hari tu. Takpe, takpe, nanti kitorg balas balik..ha pegi la semua orang!! pegi laaaaaaaaaaaaaaaaaaa.. Plan dan strategi baru oleh Sekupang team sudah terbentang di depan mata. Semua worst case scenario telah dibincangkan, begitu juga dengan solutionnya. Harap-harap membuahkan hasil. Teaser NZ oleh AA sudah up di website mereka. Geng Sekupang sudah ready!!!

December 2010 - Travelholic dan gang Sekupangnya, menanti dengan penuh debaran dan akhirnya, berjaya merembat tiket ke GerejaIsa yang terletak di Kiwiland. Ha kan dah kata, gang Sekupang akan bangkti semula hahahahah..!! Susah payah travelholic dan keluarga travelholic bersama mini travelholic berkampung di MCD Taman Melati di waktu subuh, semata-mata nak tekan button *Beli* tidak sia-sia.. Nota: Plan dan strategi Sekupang team, tidak mungkin akan direvealkan kepada awam heheheheh..


Ikuti, kisah/cerita/ragam Chawanna, family dan rakan-rakan untuk 2011 nanti yaa....Selamat Menyambut 2011.

Tuesday, December 21, 2010

Wawasan 2011

Tahun 2011 makin hampir. Ini bermakna...

1. Umur makin meningkat ke angka 3+. (Huhuhuhu..tak percaya..tak percaya!!! cuba amik calculator sat..nak kira..hehe)
2. Kena tambahkan lagi ilmu di dada (ilmu akhirat especially, ish ish..bila la nak berubah ni!!!!)
3. Nak pergi tengok Taj Mahal (yahoooooooooooooooooooo)
4. Cita-cita dari zaman sekolah nak jejak kaki ke Kiwiland, bakal menjadi kenyataan.. (yipeeeeeee yabeda beduuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu)
5. Genap 3 tahun anniversary aku dan Cawan (July 26)
6. Kitchen cabinet mesti kasi up kat dapur tu.... (dah overdue lama dah ni...ada sesapa nak sponsor???)
7. Percubaan untuk menguruskan badan untuk yang ke 27893 kali... (harap-harap jadi laaaaa)
8. Kena banyak meng'utilise'kan gym dan swimming pool kat bawah tu, kalau tak sia-sia je bayar maintenance tiap bulan.. (Cawan, please take note)
9. Travel plan untuk 2012, mesti kena draft.
10. Savings untuk Aqilah WAJIB mencapai angka yang diidam-idamkan.

Adakah akan menjadi kenyataan? Kita tunggu 2011 dulu..

Tuesday, December 14, 2010

Dia yang masih menabur bakti..

Hasil usaha gigih si Totty membuahkan hasil...emm sejuk hati nih tengok hasilnya, walaupun tak pro mana, ingat dah nak let go je si Oly**** tu, tapi cancel la....huhuhu boleh angkut pegi Delhi nih..




p/s: Cik Totty, teruskan study manual2 dan tutorial tu yek, kasi pandai main manual, nanti kita share duit angkat yang lain plak hahahahahaha..tp guna duit Muni, Yona pinjam jek :p

P/s: En. Cawan, jangan terkejut beruk kalau terlihat shutter count makin berkurangan, kalau terlihat ada gambar bukan-bukan hala dlm D90 tu, bukan si isterimu yang buat, tapi adik iparmu....dia berexperimentasi katanya..

P/s: En. UFO, sila la belikan cik Totty, camera utk birthday present/hantaran tunang/hantaran kawin, nanti abis pulak camera kitorg kena lenjan..huhuhu

Friday, December 10, 2010

Hong Kong - The Day We Meet The Stars

Agenda hari ni nak menghabiskan fulus. Pagi-pagi lagi dah terjah H&M. Damaged yang dilakukan boleh tahan besar!!! Huhuhu..tapi Aqilah la yang paling banyak shopping, sampai terjuling-juling dia tengok semua tu. Berjam-jam jugak kami bertiga duk dalam ni, sampai Cawan dan Maliki pun naik bengang tunggu!!!

 Kat Malaysia tak de nih, tu la cam jakun sikit huhuhu

Kalau la tau plan nak ke New Zealand menjadi kenyataan.....memang ade yg kena rembat dah ish ish ish

Longest Outdoor Esclator & SoHo




Claimed to be the longest outdoor esclator in the world. Really?? duhhhh.. tipu betui la..ada gap je in between tuh..so tak aci la nak kate LONGEST kan..muka-muka dalam gambar tu, pretend je cam best hahaha..tapi nasib baik la ada esclator nih, sebab kalau nak menapak kat jalan biasa, memang confirm la pancit, sebab kena daki jalan-jalan tu. Kat belah island nih, tanahnye berbukit bukau haaa..

Berdekatan sini, ada Hollywood Road, tempat untuk beli barang-barang antik. Sapa yang suka collect benda macam tu, boleh la tuju ke Hollywood Road tu.



Tak perasan pulak ada tram yang macam ni kat belah Kowloon. Mula-mula ingat nak try gak hop hop ni, tapi memandangkan ada stroller Aqilah, so tak jadi la. Tram ni tak benti lama-lama pun, kejap je. Semua kena pantas-pantas kalau nak naik hehehe..

Wajib buat setiap kali kami travel, sebab nak buat kenangan..

The Peak Tram

Sampai jugak akhirnya ke sini. Dengan berjalan kaki ok!!! Jauhhhhhhhhhhhhh plak tu, dah la ruang pejalan kakinya sempit, jalan raya pun sempit. Nak tolak stroller Aqilah satu hal lagi..dugaan betul!!! Boleh je nak naik bas/taxi. Tapi kitorg saja gatal nak explore (ceh konon).

Nak naik ke Peak ni, boleh naik bus atau tram ni, tapi kalau nak ganas lagi, jalan kaki la daki bukit tu. Masa tram ni bergerak nanti, baru la nampak view Hong Kong.

Madame Tussaud's

Madame Tussaud's ni terletak kat atas the Peak. Harga tiket tak ingat la berapa, tapi kitorg beli tiket combo HKD 180, yang ni termasuk Peak Tram (Return) dan Entrance Fee ke Madame Tussaud's. Kepada yang tak tau, Madame Tussaud's ni adalah wax museum. Dekat Asia cuma ada di Hong Kong je kalau tak silap. Yang paling grand sekali terletak di London. Sebab tu la kitorg tergedik-gedik nak ke sini sangat!!! (Nak pegi London tak tau bile kan??)

 Real kan?? Biqque, tarik nafassssssssssssssss...

Kelakarnya Eddie Murphy nih, tergelak kitorg dibuatnye..


Symphony of Light

Setelah bermalam-malam berada di HK, malam terakhir baru kitorg sempat nak tengok Symphony of Light ni. Shownya cuma 15 minit setiap hari, bermula dari jam 8 malam. Huhuhu tak sia-sia kitorg berkejar-kejar turun naik MRT semata-mata nak tengok nih..hahaha


Red Junk, sungguh classic, tapi tak sempat nak naik, mungkin lain hari??

Sikit je gambar? Sila lihat di sini

P/S: Esok harinya, kami berangkat pulang ke KL..oooh sungguh tidak best sekali...

Macau


 Sedang menuju ke ferry terminal nak ke Macau..


Di terminal ferry.. Kitorang amik ferry First World huhuhu..beli return ticket ke HK siap2 sebab takut kat sana nanti tiket balik ke HK habis.



Di dalam Venetian

Macau ni macam Las Vegas jugak, tapi version Asia, sebabnya ada banyak sangat casino kat sini. So sesiapa yang suka gambling. Disini la tempatnya!!!

Macau ni dulu, adalah tanah jajahan Portugis. Architecture bangunan di sini, kebanyakkannya bercirikan portugis. Nama bangunan dan jalan pun dalam bahasa portugis. Satu masa dulu, bahasa portugis adalah salah satu bahasa perantaraan kat Macau, tapi sekarang ni macam dah kurang.


Senado Square, salah satu tempat tumpuan pelancong. Souviner ada banyak dijual disini..Berdekatan dengan Senado Square, ialah St. Paul Ruins. Ala-ala A Famosa di Melaka. Untuk gambar berikutnya, sila ke sini

Monday, December 6, 2010

Shenzhen - Window of the World

Around the world in one day...

Shenzhen ni reachable dari Hong Kong dengan hanya menaiki MRT. Perjalanan ke Shenzhen hanya 40-45 minit je. Tapi pastikan korang ada visa China before enter Shenzhen ni.


Emmm sampai jugak akhirnya, selepas berhempas pulas cuba mencari metro station kat Lu Wo tadi tuh....

Kalau nak datang ke sini, bolehlah menaiki Shenzhen Metro Line 1, dan berhenti di station Shijiezhichuang.


Harga tiket Window of the World ialah CNY 140 ataupun bersamaan RM 60-70 (tertakluk pada currency semasa). Kat sini ada 130 reproduction tourist attractions di seluruh dunia. Kawasan ni memang luas, jadi prepare la kasut yang sedap untuk berjalan. Tapi kalau tak larat nak jalan, boleh sewa buggy, scooter ataupun naik monorail. Tapi monorail tu tak lalu kat semua tempat, cuma sebahagian je. Tapi kalau nak sewa buggy dan scooter, memang pengsan jugak la, sebab sewa ikut jam. Tapi cara yang terbaik nak tengok benda-benda dalam ni, adalah berjalan kaki..

Window of the World ni, ada 5 bahagian, antaranya, Asia, Europe, Oceania, Africa dan America.

Angkor Watt, Cambodia

Eh eh..sakura pun ada..

Shinto Shrine kat Japan


Taj Mahal, India.. (tak sabornye nak jejak kaki huhuhu)

Yang memang tak tau nama apa...sebab tak jumpe signboard pun kat sini..

Sydney Opera House & Sydney Bridge

Typical Netherland... tulips dan windmills

Ha nampak Eiffel tower tu?? Tingggiiiiiiiiiii..terasa macam real je..dari luar, memang boleh nampak dia..

Cologne Cathedral, Germany..



Sudah sampai Paris!!

Arc de Triomphe, Paris..

Tak sia-sia datang sini, memang berbaloi sangat walaupun harga tiket macam mahal sikitkan... Masa yang diperlukan kalau datang ke sini? SEPANJANG HARI!!! Memang sakan bergambar, sebab tempatnya cantik-cantik, sampaikan nak pilih gambor ni pun amik masa..untuk gambar seterusnya, sila lihat disini --> Lagi gambar WOTW

Wednesday, December 1, 2010

Hong Kong - Disneyland

Disneyland. Taman tema yang menjadi igauan kanak-kanak, dan jugak orang dewasa, kami jugak tidak terkecuali. Di Asia, Disneyland cuma terdapat di Tokyo dan Hong Kong. Jadi apa lagi...peluang dah di depan mata!! Jom Disneyland!!!

1


Menaiki train (line Orange) Tung Chung line menghala ke Sunny Bay. Nak ke Disneyland ni, kena tukar train di Sunny Bay, sebab Disneyland ada trainnya sendiri (line pink). So dari Sunny Bay, train khas ni akan terus bawak pengunjung direct ke Disneyland.  Tingkap train Disney pun lain dari yang lain, tingkap dan interior dalaman semua bertemakan Mickey Mouse dan watak Disney yang lain.


Dalam Disneyland ni, tak boleh bawak makanan luar, jadi apa lagi.... biskut dan serunding semua sorok dalam diapers Aqilah hahahaha. Pak guard Disney check beg tau!!! Gile betui..zzzzzz


 Entrance Disneyland HK
 Fountain gambar Mickey & Minnie


Amboi sukanya ci comei nih..

Disneyland ni ada 4 bahagian, FantasyLand, TomorrowLand, AdventureLand dan Main Street USA. Takde la sebesar Disneyland kat US tu, tapi boleh la nak merasa. Rides yang ada pun tak banyak yang mencabar, tapi lebih untuk kids la. Movieworld kat Gold Coast lagi thrill hehehe..


Main Street USA

Paling best kat sini, sebab boleh bergambar dengan character Disney, Mickey & Minnie Mouse, Donald & Daisy Duck, Pluto, Pooh, dan yang seangkatan dengannya.. Time kitorg pergi tu, nasib la tak ramai sangat orang, so queue nak bergambar dengan diorg tak de la panjang sangat..

 Tidur la pulak minah ni...pantang dukung je, mesti nak tertidur2 hehehe..




Sudah mari.....

Souviner shops ada di seluruh Disney Park ni, tshirt, magnets, coklat, dan macam-macam ada kat sini. Tapiiiii harganya bukan sebarangan, mahalllllllllllllllllllllllll (sebab nak tanggung kos bunga api tiap-tiap malam kot hahaha). Tshirt sehelai lebih kurang RM 60-100 ye. Magnet pun mahal, lebih kurang RM 20 seketul huhuhu, tu yang kononnya nak beli kat night market Mongkok sangat tuh..tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii... (ok takmo ungkit..uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa)



Kat Adventureland, kitorg sempat la naik rakit pegi rumah Tarzan kat seberang tasik tu..(tasik buatan je).. lepas tu dapat naik river cruise, ada la macam-macam show sambil-sambil lalu tu..best jugak la kan..hehehe..

Adventureland

 Terasa bahang api ni masa dalam bot..

 Rumah Tarzan....

Ada restaurant vege dalam Disneyland nih..menu, kari kacang dal, kari kentang, papadom. Tgk ci comei tu, sibuk mengintai makanan orang!!!
 Yang paling mencabar sekali, Space Trader , (ala-ala Scooby Doo ride kat MovieWorld tu) tapi ada la takut geli-geli tu hahahah... Show 4D pun kitorg layan, yang ni paling best sekali, sebab bila tunjuk makanan, bau makanan tu pun ada keluar sekali huhuhu.. dapat la jugak merasa naik flying carpet Alladin tu...huih macam real je... (jakun kejap)

Errr carousel??? err err err


Tomorrowland..


Disebelah malamnya, ada pertunjukan bunga api. Memang ini la yang kitorg nanti-nantikan. Pertunjukan ni diorg buat dekat depan castle princess (aku tak de idea castle princess mana nih..sebab tak layan sangat Cinderella/SnowWhite/Rapunzel time kecik-kecik dulu..thundercat tau la eheheheh)

Jam 6.30 petang di castle Disneyland..

Kalau nak amik gambar bunga api ni, pastikan korang berada di spot yang betul, kena lepak awal kat tempat tu...kalau tak jangan harap la nak dapat port baik..  Show bunga api Disney ni lama jugak la, sampai lenguh la tangan nak pegang camera heheheh... Cawan & Aqilah dah lepak depan castle tu dari jam 6.40 PM, kami pulak sibuk berwindow shopping kat souviner shops kat Main Street tu..

 Guna stroller Aqilah utk tak mo kasi camera goyang..

 Bunga api berwarna warni..


 Spotlight castle pun warna warni juga..sangat cun time nih...

Selesai fireworks show, kitorg pun bergambar la untuk kali terakhir di Main Street USA tu, memang meriah dengan lampu-lampu tempat nih.


 Tengok lampu-lampu bulb macam nih, terasa cam old school jek..classic betul..


 Tata Disneyland...

 Tunggu train sambil merehatkan kaki, lepas ni nak sambung jalan lagi..

 Dalam subway pun ada esclator macam kat airport..best betul.. Muka excited nak pegi Avenue of Stars lagi, sebab nak tengok lampu-lampu kat belah HK Island..

Hasil tanpa tripod..Perasan tak bangunan ada tanduk tu ada dalam iklan Canon kat Astro, yang lampu zig zag tu...

Masa ni dah jam 10 malam, cuaca sejuk & windy. Symphony of Light tu tayang jam 8 malam, setiap hari, kecuali waktu hujan. Tapi sebab nak tengok panorama macam nih, gagahkan jugak ler, walaupun tak sempat nak kejar show (takpe esok hari ada lagi..)..Sweater pulak tak bawak emmm...

Seharian di Disneyland, amat menyeronokkan, walaupun tak de banyak rides untuk orang dewasa, tapi ni la satu-satunya tempat yang boleh bawa kite kembali ke zaman kanak-kanak. Puas..