Wednesday, September 7, 2011

Photo Challenge Balik Raya 2011 - Chawanna

Ha masanya sudah tiba... Adeh segan plak aku nak tunjuk!! Hahahah..Anggap la semua gambar-gambar dan cerita-cerita disebalik gambar tu sebagai lawak di pagi Rabu ni yek!!


Jommmm layannnnnn..




Idea Biqque.

1)Blogger bergambar sebelah/dengan polis sambil makan kuih raya. Kalo polis tu tengah bertugas dan tak leh makan, korang je yang makan. Tapi kalo polis tu makan skali, bonus disitu.


Hahaha yang ni memang tak boleh blah, dapat idea ni masa bangun pagi. Ada ke patut? Orang sibuk nak makan breakfast, aku sibuk nak bergambo, mandi pagi pun tak sempat nih...ish ish. Polis di alam realiti tak sempat nak kejar, so polis dalam computer je la. Polis jugak dak? Hehehe.. 

2)Blogger buat huruf “RAYA” dengan tubuh badan. Boleh guna orang lain untuk tolong Blogger dan boleh combine gambar setiap huruf yang dibuat.


Disebabkan aku takde anak sedara, atau pun sedara mara yang sporting nak buat kerja2 gini, so aku sendiri je la buat. Ni buat malam tadi, aku paksa gak Cawan jadi photographer. Mula-mula Cawan nak participate jugak, dia keluar bilik terus pakai baju melayu, aku pun tercenggang, pasai apa plak dia yg pakai baju melayu..rupe2nye dia nk tlg aku buat huruf A tu, seperti dlm gambar kt Google. Tapi bila kitorg dah buat, macam tak cun plak, sebab ketinggian kami berbeza (aku kan ketot!) tadi A yg kitorg buat tu nampak cacat sikit. Last-last, aku la R, aku la A, aku la Y dan aku lah A satu lagi! heheheh

3)Blogger bergambar depan rumah kampung yang kosong sambil pegang buluh lemang. Kalo rumah kampung tu nampak spooky, lagi bagus. 


Gambar ni diambil kat Kg. Baru. Mula-mula cam malu la gak kan, sebab ada orang lalu lalang, tapi aku buat la, konon2 macam nak singgah rumah ni, bawak buahtangan lemang hahahah.. Sekali ada sorang pakcik kuar dari belakang rumah, riso dah aku, kot2 la nak tanya aku, nak singgah ke?? Indon construction depan rumah pakcik ni pun cam pandang2 jek..mesti dia ingat aku sewel agaknye huhuhuhu

4)Blogger bergambar tepi highway dan mesti nampak jalan highway tu serta kereta yang tengah bergerak. Kawasan R&R tidak dibenarkan sama sekali ye. 


Ok ini agak mudah untuk aku siapkan, on the way balik dari Pahang, ktorg terus benti lepas tol Gombak, dan amik gambar ni. Depan keta aku, ada sebuah keta Wira, penuh penumpang. Diorg semua toleh belakang, tengok aku tersengih2 amik gambo, memang macam haram. Tapi cam biasa aku control ayu je la kan, Cawan plak saja nk kasi malu aku, amik gambar aku berkeping-keping, siap dengan flash, tanpa flash, night mode, apa mode semua dia test, sebab risau gambar tak clear...aduhaiiiii..

5)Blogger main papan gelongsor sambil makan ketupat nasik. Lagi besar papan gelongsor tu, lagi banyak markah korang dapat. 



Yang challenge ni paling drama sekali. Berkali2 aku cakap GELONGSOR. Tapi Cawan menidakkan aku. Katanya PAPAN LUNCUR. Wahh siap bergaduh kami laki bini pasal ni jek! Masing-masing menegangkan pendirian hehehe. So challenge ni kalau ikutkan ati aku, memang tak mo buat dah, konon merajuk la ngn dia. Tapi demi semangat Photo Challenge, pagi tadi before pegi keje, aku turun kejap ke playground kat bawah umah, dannn tadaaaa..dapat la snap, dah la gelongsor basah ada air takungan hujan kat sipi2 bontot aku! Adeh, park guard yang jaga pool tu heran aku bawak plastik Adabi ketupat duk posing depan tu..huhuhu.. Nak cari ketupat, mcm tak sempat dah kan, so Cawan pi cari ketupat segara dalam kabinet dapur, nasib baik ada, nasi ketupat memang ada balance hari tu, so ngap je la depan tu.. Janji ketupat dan GELONGSOR!! hahaha

Idea Chawanna. 

6)Blogger menjadi nelayan yang tengah memancing/menjala mengunakan umpan kuih raya di tepi tasik/sungai/laut. Pepandai la korang, aku tatau! 


Yang ni pun buat di KL. Haih abis batang penyapu rumah aku dijadikan alat mancing plak hai.. Pastu ikat kuih raya seketul guna benang jahit tu, tadaaaa siap la, terus pegi memancing di tepi tasik tengahari buta. Orang yang masuk tasik ni, semua kepelikan tengok aku berbaju kurung, pegang batang penyapu! Malu seh... (bahana sendiri mintak benda pelik2..padan muka!!)

7)Blogger menjadi SUPERHERO RAYA dengan memakai pakaian raya. Kena la nampakkan kan ciri-ciri superhero tu walaupun baju tu baju raya. Ikut creativity masing-masing. 


Idea ni pun datang masa tengah malam. Ish, penangan photo challenge buatkan aku tak lena tidor malam, memikirkan cara-cara nak siapkan challenge hahahah. Batang lemang aku jadikan bazooka gun, taruk sebatang pen merah, konon2 nk jadikan alat bidik, pastu letak bendera kat depan hahaha. Aku siap ikat tudung lain untuk jadikan mantel (tudung pink kat belakang tu).. Tempat pemetik bazooka, aku amik car seat holder Aqilah, cantum guna getah! ha ok pe kan???  Aku amik gambo sendiri nih, pakai tripod, Aqilah ada kat bawah tu, tengah isap susu, dia tergelak2 tengok aku posing sengsorang cam org sewel, dengan batang lemang plak tu..kekekeke

8)Blogger mengayuh basikal sambil junjung sebalang kuih raya di atas kepala.Kaki tak leh pijak tanah ok! 


Yang ni dibuat kat Ipoh. Ya Allah, punya la leceh, satu sebabnya, sebab basikal Icam tu tinggi (kaki aku plak pendek), so aku agak susah sikit la nak balance kan balang kuih raya tu, sebab kena berdiri senget, pastu time nak kayuh, mengigil2 gak nak balancekan basikal, sebab dah lama tak kayuh basikal, pakai baju kurung plak tu!!!! Last dulu pakai baju kurung kayuh basikal, time pegi mengaji zaman kanak-kanak dulu, sekarang dah jadi mak budak! Hee tak sesuai. Percubaan yang kali 4-5 baru berjaya seimbangkan basikal, balang kuih, dan segalanya la. Sebelum tu, ada la hampir-hampir aku masuk ke longkang hahahah. Balang kuih usah cakap la, berkali-kali jatuh bedebab, sampai hancur la cornflakes madu aku bawakkan untuk mak aku huhuhu..

9)Blogger bermain tanglung (lantern) di waktu malam di hadapan orang bakar lemang. Tanglung boleh buat sendiri, atau beli kat kedai apek mana-mana. Kedai sembahyang cina pun ada. Hahaha! 


Yang ni challenge yang paling banyak gune duit! Sebabkan tahun ni mak aku tak bakar lemang, so aku terpaksa la beli sendiri! Aku beli sebatang je la pun kan. Harga lemang sebatang RM10. Lantern tu plak, Cawan jumpa kat TESCO Ipoh, gambar Doraemon. Kononnya Aqilah leh la main pas aku bergambar nanti. Harga RM 10! So total cost RM20 zzzz.. Ok, yang ni, semua equipment Cawan, Icam dan family aku yang tolong setupkan. Bila semua dah siap, aku cuma posing je main tanglung depan lemang yang dibakar tu, sekali aku ON suiz lantern doremon tu, haaaaaaaaa amik ko, siap ada bunyi. lagu London Bridge, Twinkle Little Star semua ada! Dah la bingittttttttttt tahap dewa. Rumah aku dah la dekat surau, orang sibuk pegi terawih terakhir, aku plak sibuk berting tong ting tong dengan lantern doremon tu.. Makcik2 yang lalu nak ke surau pandang jek.. Adeh..rosak! rosak! Agaknya jiran2 pun tension dengar aku main lantern dengan lagu2 tadika tu huhuhuhu.. (Lantern doremon tu masih berada dalam boot keta, tak sanggup aku nak kasi Aqilah main, nanti bingit satu rumah hahaha)

10)Blogger sedang makan juadah hari raya (lemang/ketupat/rendang/kuih raya) di atas pokok, sambil sebelah tangan pegang senduk nasi. Ha amik korang, gambar penutup! 


Yang ni memang macam celaka. Cawan bawak aku pegi Titiwangsa, dan cari pokok yang boleh aku panjat! Hajat aku cuma nak cari pokok yang dah terbaring je, senang aku nak duduk, so tak yah la panjat.. Sekali tu dia paksa gak panjat pokok betul2! Dah la tu, ada beberapa kete tengah park kat Titiwangsa tu, semua tengok aku... B*** betul la... Aku memang control gile la, dengan sumbat kuih raya, pegang senduk, dengan kertas A4 tu lagik!! Ha selak kain, panjat pokok! Dah la tak penah panjat pokok seumur hidup!! Terketar2 bertahan kat dahan kontot tu. Cawan cam biasa kalau amik gambar, mesti nak snap 15juta kali, so aku kena maintain dekat 2-3 minit gak la atas tu!! Haih orang lalu lalang aku buat2 tak nampak je la...Hazabbbb!! Hazab!!!! (dalam hati, padan muka kat diri sendiri!!- Aku berdoa sangat orang yg tengok aku kat parking tu nampak tulisan PHOTO CHALLENGE tu, so tak de la cam bengong sangatkan aku pnjat pokok tu, sebab aku masuk contest maaa hahahahah)






Ha amacam? Ada rupa ke? hahahah jgn risau, aku selaku penganjur, tak mintak markah lebih2, janji ramai join, kasi meriah.. tak sabar nk baca entry contestant lain.. Menang kalah aku tak kisah.. (sebab aku dan geng jugak kuar duit gak utk taja hadiah2 tu hahahaha)

13 comments:

Liz Rohaizat said...

kagum tgk gambar junjung kuih raya naik basikal tu. isk, kalau org dah terer.. menjadi je gambar

AKO @ retna said...

ahhahahha dasat gak ek..!!
tapi mmg kelassss ko ao mmg respek la yang tang huruf RAYA tu..

Ieda Iar said...

dah jadi nampak cam senang ;D

Biqque said...

bahahahahahahahahaahahahahah! lawak okkkkkkkkkkkk! part u panjat pokok tuuuuuuuuuuuuu!

lemang bakar takde orang, potong markah! hahahaha! best2! tahniah na!

Ely Hasrul said...

jap blum abis tgk tp nk ckp yg aku pon hampir nk amik gambo dgn polis kt tv hahahah

Ely Hasrul said...

aku suka doraemon tuuuuuuu!!!

BlueEwoke said...

Liz: Hahahah ketar gak lutut mengayuh basikal tu.. adeh..nasib kat belakang rumah jek, ish tapi tetap rase cam bengong hahahaha..

Ako: Takde sapa nak tlg huruf RAYA tu..so buat sendiri la..nasib badan huhuhu..

Ieda lar: Ha memang senang pun..thn depan join yek! :)

Biqque: Hahahah..pasal pokok tu akan i ingat sampai bile2!! Lemang takde org bakar..sila la potong huhuhu..

Ely: Hahahah polis tu memang tah apa2 daaa.. Doreamon tu aku tak tau nk buat apa dah..ishh... boleh dijadikan hadiah saguhati utk photo challenge ni keh keh keh keh..ko nak?? hahahah

Ely Hasrul said...

aku nak? boleh gak. tp sapa yg nk flying lantern aku tuh? tanglung yg aku beli kt kedai apek aku tinggal kt sekinchan. ape kata nnti kite sume berkumpul sapa yg dok tau psl challenge nih la patu g padang sesama main lantern. haaa nak tak???

BlueEwoke said...

Ely: Sangat menarik idea ko. Aku suka.. Jom buat pas kitorg balik dari NZ!!!

Ely Hasrul said...

ha aku pon nk blk KK bln depan. korg g NZ aku g KK aje la haha

Liz Rohaizat said...

ala, aku kenal ko sorang je ely. segan nak main tanglung sama2. pastu aku tak fly gi mana2 pulak tu. hahaha...

tanglung ada dlm keta. sayang nak buang.

Janggel said...

hahahah lawak la part panjat pokok..ala2 melekp kat situ.

Ely Hasrul said...

Liz ko ingat aku kenal orang lein? hahahhaha sayang okeh tanglung yg byk2 tu. aku ingat kalu jadik lepak nk buat pertandingan memancing guna fishing toys sami tu. gile susah okeh!!


kasik time selama 5mins bape ekor ikan dpt tangkap.. hahhahahhaa lawak nih mmg bleh sgt nih.. setuju?